وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ
"dan MENGHARAMKAN bagi mereka segala yang BURUK."
(7. Al-A’raaf : 157)
syaitan adalah jenis jin yang jahat perangainya. Syaitan berasal daripada api dan tabiatnya menyesatkan manusia. Oleh itu ia wujud di mana saja manusia berada. Ia mempunyai kebolehan menyerupai sesuatu di alam nyata, memperalatkan tubuh manusia, malah boleh hidup dalam badan orang yang disukainya.
Secara umum makanan jin adalah tulang dan asap. Tidak kira asap kereta, asap rokok, asap kemenyan dan sebarang asap dari aktiviti permbakaran. Kepada anda yang suka merokok sebenarnya jin syaitan ini suka kepada anda sebab sambil anda merokok dia dapat tumpang makan bersama. Kepada yang sakit kerana gangguan dicadangkan berhentilah merokok, usahakanlah untuk berhenti dari merokok.
Jika tabiat ini anda tidak dibuang maka bagaimana anda hendak mendapat kesembuhan? Jin mendampingi perokok disebab anda adalah antara sumber makanannya. Itulah hikmahnya mengapa rokok di fatwakan haram. Benda yg haram ini jin dan syaitan suka sebab ia menjadi sumber tenaga baginya untuk membuat kejahatan dan kerusakan
sakan.
sakan.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar